Pendekatan dalam Pengurusan Bilik Darjah
Pendekatan ialah arah atau hala yang diambil oleh guru untuk menuju sesuatu sasaran. Guru memainkan peranan penting dalam membimbing dan menarik minat pelajar belajar tentang perkara atau benda baharu. Pendekatan yang digunakan haruslah bersesuaian dengan keperluan pelajar kerana ianya akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Dalam pendekatan yang digunakan, guru juga memainkan peranan penting dalam menjaga dan mengembangkan disiplin pelajar di dalam dan luar bilik darjah. Pendekatan yang digunakan nampak mudah tetapi jika tidak mahir dalam melaksanakannya, ia akan memberi kesan buruk kepada guru, pelajar dan sekolah. Terdapat enam pendekatan yang boleh digunakan. Pendekatan yang pertama ialah pendekatan autoritarian. Autoritarian bermaksud tegas dan tiada tolak ansur. Guru kelas berkuasa penuh dalam pendekatan ini. Sebagai contoh, guru kelas akan menetapkan peraturan-peraturan bilik darjah tanpa berbincang dengan pelajar ...